Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Saudi lancar firma kenderaan elektrik

    RIYADH, 4 NOV – Arab Saudi mengumumkan semalam pelancaran jenama kenderaan elektrik pertamanya, sebahagian daripada usaha lebih luas untuk mempelbagaikan ekonomi pengeksport minyak terbesar di dunia.

    Syarikat itu, dikenali sebagai Ceer, ‘akan menyumbang kepada usaha Arab Saudi ke arah pengurangan pelepasan karbon dan kemapanan pemanduan bertujuan menangani kesan perubahan iklim,’ menurut Agensi Media Saudi (SPA).

    Ia adalah satu perkongsian dengan Foxconn, syarikat sektor swasta terbesar di China, yang ‘akan membangunkan infrastruktur elektrik kenderaan,” kata SPA.

    Ceer akan ‘mereka bentuk, mengeluarkan dan menjual pelbagai kenderaan untuk pengguna di Arab Saudi dan rantau MENA, termasuk sedan dan kenderaan sport utiliti,’ menambah syarikat dijangka mewujudkan 30,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung.

    Kenderaan Ceer dijadual dilancarkan pada 2025.

    Pada April, Arab Saudi mengumumkan perjanjian dengan Lucid Motors yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang akan mendirikan kilang di negara itu dan membeli sehingga 100,000 kenderaan elektrik dalam tempoh satu dekad akan datang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...