Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saya bangga aksi pasukan – Southgate

    VOLGOGRAD, 19 Jun – Jurulatih England, Gareth Southgate berkata bahawa dia teruja dengan persembahan pasukannya meskipun bergantung pada gol di masa kecederaan Harry Kane untuk menewaskan Tunisia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka awal pagi tadi.

    England berada di kedudukan kedua Kumpulan G di belakang Belgium, hanya dengan perbezaan jaringan, dan boleh mengesahkan slot ke peringkat kalah mati dengan kemenangan ke atas Panama pada Ahad ini.

    “Kami bangkit daripada keputusan penalti yang sukar dan mengekalkan ketenangan kami, ia mengembirakan saya,” kata Southgate kepad apara wartawan selepas perlawanan.

    Ia adalah kali pertama England menjaringkan dua gol di Piala Dunia sejak seri 2-2 dengan Sweden pada tahun 2006.

    “Meskipun dengan kedudukan 1-1, saya bangga dengan persembahan pasukan,” kata Southgate. “Saya sudah kerap bercakap menjelang perlawanan ini bahawa persembahan adalah kunci, kerana itu adalah yang anda kawal.”

    “Terdapat beberapa perkara dalam perlawanan yang kita tidak dapat kawal, yang kami bertindak balas dengan sangat baik.

    “Meskipun masa semakin singkat, kami kekal sabar. Pasukan bagus menjaringkan gol lewat kerana jika anda mendominasi bola sebegitu, lawan anda akan rasa letih,” kata Southgate. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda