Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Saya terdesak mendapatkan wang’

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Mahkamah Perantaraan akan menjatuhkan hukuman pada 21 Januari depan sementara mempertimbangkan hukuman setimpal ke atas seorang warga tempatan yang merompak sebuah kedai serbaneka dengan bersenjatakan tukul minggu lepas di Jalan Pasir Berakas.

    Muhammad Zulqarnain bin Ajis, 27, telah mengaku bersalah pada hari ini atas pertuduhan tersebut dan memohon kelonggaran dari mahkamah.

    Defendan juga memberi alasan kelakuannya yang tidak rasional adalah berpunca daripada kegagalan menerima bonus daripada syarikat tempatnya bekerja.

    “Saya terdesak mendapatkan wang untuk membayar pinjaman daripada ibu mertua saya,” tambahnya.

    Defendan seterusnya menjelaskan bahawa ibu mertuanya meminjamkan wang yang disimpannya untuk membayar pinjaman keretanya sendiri.

    Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni berkata rompakan bersenjata adalah lebih serius daripada mencuri, yang meletakkan mangsa dalam ketakutan dan tidak mengetahui sama ada defendan benar-benar akan menyerang atau tidak.

    Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi menunjukkan kepada hakim rakaman CCTV yang menunjukkan tindakan defendan.

    Defendan yang pergi ke kedai tersebut pada 9 Januari, jam 1:40 petang dengan bersenjatakan tukul telah menimbulkan ketakutan kepada penjaga kedai yang berusia 19 tahun, sambil membawa lari wang tunai berjumlah $240.

    Defendan berdepan hukuman penjara minimum tujuh tahun dengan 12 kali sebatan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...