Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pastikan makanan dimasak sempurna, jaga kebersihan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga dinasihatkan supaya memastikan anak-anak mereka memakan makanan yang dimasak dengan sempurna dan meminum air yang bersih.

    Saranan tersebut disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar (gambar) pada Sidang Media Norma Baharu COVID-19 Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Ia berdasarkan hasil pemantauan berterusan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap trend penyakit-penyakit berjangkit di negara ini yang mendapati terdapat peningkatan dalam jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan jangkitan demam selesema di mana sebahagian mereka juga mengalami cirit-birit.

    “Pastikan anak-anak abiskita makan dan minum air secukupnya dan amalkan kebersihan diri yang baik seperti kerap mencuci tangan dan tidak berkongsi sudu, cawan dan sebagainya,” tegas beliau.

    “Segera bawa anak-anak abiskita berjumpa doktor sekiranya abiskita khuatir dengan keadaan mereka,” tambahnya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...