Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Purata kes COVID menurun

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Kadar purata kes COVID yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam terus menunjukkan penurunan pada 223 kes sehari dalam masa satu minggu kebelakangan ini, berbanding kadar pada minggu sebelumnya iaitu 350 kes sehari.

    Sebanyak 38,751 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 4 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkembangan berkenaan semasa Sidang Media Norma Baharu COVID-19 Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya memaklumkan bahawa tidak ada kes dalam kategori 5 dan 4, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) atau yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi, pada hari ini.

    “Sehingga kelmarin, 15 Januari, kadar liputan vaksinasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam kekal berada di tahap yang tinggi dengan 79 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 11.7 peratus juga telah mendapatkan dos keempat,” kongsi Yang Berhormat Dato.

    Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak 170 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 170 kes hasil ujian ART dan tidak ada kes telah dikesan daripada ujian-ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara daripada segala bencana dan wabak penyakit serta berada dalam perlindungan Allah SWT.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...