Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Schneider Electric perkasa Wawasan Brunei 2035

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Schneider Electric, peneraju transformasi digital pengurusan tenaga dan automasi, hari ini meneroka bagaimana perniagaan Brunei boleh memacu kemapanan melalui kuasa pendigitalan dalam acara yang bertemakan ‘Memperkasa Brunei dengan Digital dan Kemapanan’.

    Acara sehari yang diadakan di The Empire Brunei itu adalah sebahagian daripada acara industri Schneider Electric yang lebih luas, Innovation Talk 2023 yang mengumpulkan pemimpin industri untuk membincangkan, meneroka idea dan membina strategi ke arah mencapai matlamat digital dan kemapanan negara.

    Pengurus Negara untuk Schneider Electric Brunei, Enoch Tan dalam ucapannya berkata, “Sebagai pakar tenaga global, pasukan kami sentiasa berkembang dalam memacu transformasi digital dan memanfaatkan teknologi untuk menjadi lebih inovatif.

    “Dalam jangka masa panjang, kami ingin memberi impak kepada ekonomi digital Brunei serta menjadi rakan kongsi digital untuk pelanggan kami dalam kemapanan dan kecekapan,” tambahnya.

    Dengan itu, Schneider Electric menghimpunkan pihak berkepentingan utama dan pakar untuk meningkatkan perbincangan mengenai kemapanan melalui inovasi yang membantu syarikat-syarikat memulakan perjalanan pendigitalan dan kemampanan.

    Pelbagai tawaran dan penyelesaian utama turut diketengahkan dalam sesi berkenaan termasuk Masterpact MTZ, PowerLogic P5, EcoStruxture IT dan EcoCare.

    Sebagai pemain terkemuka dalam transformasi digital pengurusan tenaga dan automasi, Schneider Electric telah memulakan perjalanan yang bercita-cita tinggi untuk menyokong transformasi mampan Brunei, membantu negara memacu ke arah mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan penggunaan sumber yang cekap melalui teknologi digital.

    Enoch Tan semasa menyampaikan ucapannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...