Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Scholz gesa persaingan adil dengan China

    BEIJING, 15 APRIL – Canselor Jerman, Olaf Scholz menggesa persaingan yang adil dalam hubungan perdagangan dengan China sambil memberikan amaran tentang lambakan dan pengeluaran berlebihan ketika beliau berucap kepada pelajar di Shanghai hari ini.

    Scholz sedang melawat China di tengah-tengah ancaman tarif Kesatuan Eropah (EU) ke atas kenderaan elektrik buatan China dan ketegangan berkaitan perdagangan lain. Kedua-dua negara itu juga berbeza pendapat tentang cara menangani pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    “Satu perkara yang mesti sentiasa jelas ialah persaingan mesti adil,” kata Scholz kepada pelajar di Universiti Tongji di Shanghai, menurut agensi berita Jerman, dpa.

    “Sudah tentu kita mahu syarikat-syarikat kita tidak mempunyai sekatan, tetapi sebaliknya kita berkelakuan sepertimana yang kita tuntut di sini,” katanya, sambil menambah bahawa tidak boleh ada lambakan atau pengeluaran berlebihan.

    EU sedang mempertimbangkan tarif untuk melindungi pengeluarnya daripada import kenderaan elektrik China yang lebih murah, yang dikhuatiri akan membanjiri pasaran Eropah.

    Ketua persatuan industri automotif Jerman, VDA, menyatakan bantahan terhadap tarif sedemikian menjelang lawatan Scholz. Hildegard Muller memberitahu akhbar Welt am Sonntag dalam komen yang diterbitkan pada Sabtu bahawa tarif tersebut tidak akan membantu industri automotif Eropah dan Jerman, sebaliknya ‘boleh dengan cepat memberikan kesan negatif dalam konflik perdagangan’. – AP

    Foto oleh Agensi Berita Xinhua ini menunjukkan Scholz melawat Bosch Hydrogen Powertrain Systems (Chongqing) Co Ltd di Daerah Jiulongpo di barat daya Perbandaran Chongqing, China pada 14 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...