Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Usaha cari mangsa tanah runtuh ditingkatkan

    JAKARTA, 15 APRIL – Pasukan penyelamat meningkatkan usaha mencari dua lagi mangsa tanah runtuh di Sulawesi Selatan yang meragut 18 nyawa Sabtu lepas, menurut Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB).

    Operasi mencari diteruskan pada hari kedua, dengan penyertaan penduduk tempatan selepas dihentikan kelmarin berikutan cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai selain risiko berlaku lebih banyak tanah runtuh.

    Jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata dua individu yang hilang itu dari Daerah Kecil Makale, Tana Toraja di mana 14 orang ditemukan maut sebelum ini.

    “Di Daerah Kecil Makale Selatan, angka korban meningkat kepada empat orang selepas seorang mangsa yang hilang ditemukan sudah meninggal dunia,” katanya dan menambah 77 orang yang terselamat mendapatkan perlindungan di sebuah bangunan gereja terdekat.

    BNPB Tana Toraja melaporkan kerugian harta benda termasuk enam rumah di Makale dan sebuah rumah di Makale Selatan yang ditimbus tanah dan puing dalam bencana yang berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan. – Bernama

    Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di sebuah perkampungan yang dilanda tanah runtuh di daerah Tana Toraja, Indonesia, pada 14 April lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...