Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sean didakwa tiru Jung Kook BTS?

    Percubaan pelakon dan pengacara Malaysia iaitu Sean Lee melakukan gerakan tarian menerusi sebuah video di TikTok gagal menambat hati peminat.

    Sean atau Lee Jia Ern, 30, yang asyik menari dengan iringan single terbaharunya berjudul Tak Sanggup Terima dianggap terlalu mencuba meniru gerakan anggota kumpulan BTS iaitu Jung Kook.

    Memetik laporan mStar, ramai mendakwa gerakan dan tarian ditampilkan Sean mirip dengan muzik video Jung Kook berjudul Standing Next To You.

    Sean turut menjadi tempat melepaskan rasa marah peminat setia Jung Kook dan meminta dia mencari identiti sendiri dan bukannya meniru orang lain.

    “Pakaian macam sama dengan muzik video Jung Kook, Standing Next To You.

    Warganet minta Sean Lee fokus pada bidang pengacaraan. – mStar

    “Macam tidak kena gaya. Dia nak jadi Jungkook Lazada atau Shoppe ke?,” antara komen warganet.

    Tidak cukup dengan itu, ada pula berpendapat Sean berhenti menari dan memberi fokus kepada karier lakonan dan pengacaraan.

    “Teruskan sahaja jadi pelakon dan mengacara.

    “Adakah ini dipanggil sebagai bakat? Kadang-kadang orang itu hanya sesuai berlakon sahaja,” tulis warganet lain pula.

    Tak Sanggup Terima adalah single terbaharu Sean hasil ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito yang dilancarkan pada 1 Disember tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...