Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    SEDC Energy lancar stesen pelbagai bahan api

    MUKAH, 19 MAC – Masalah kesukaran untuk mendapatkan bahan api di daerah Daro di sini telah berjaya diselesaikan dengan pelancaran stesen mengisi minyak pelbagai bahan api oleh SEDC Energy Sdn Bhd (SEDC Energy).

    Stesen itu yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merupakan stesen mengisi minyak pelbagai bahan api kedua SEDC Energy selepas pembukaan stesen utamanya di Darul Hana di Kuching tahun lepas.

    Stesen di Daro itu adalah stesen pelbagai bahan api Dealer Owned, Dealer Operated (DODO) (stesen dimiliki dan diusahakan peniaga) yang pertama seumpamanya di landskap bandar Sarawak, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurut SEDC Energy, stesen itu juga merupakan langkah pertamanya untuk mengembangkan rangkaian menerusi pengambilan peniaga yang berminat mengusahakan stesen mengisi minyak pelbagai bahan api DODO di seluruh Sarawak, termasuk di kawasan luar bandar.

    “Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk meningkatkan taraf hidup dan memenuhi keperluan rakyat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...