Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    ‘Segala dimiliki kurniaan yang Maha Esa’

    Pelakon sensasi, Datuk Adi Putra, 41, enggan mengulas mengenai dakwaan memiliki kekayaan sebanyak RM22 juta sebagaimana yang didakwa oleh sebuah portal.

    Menurut Adi, dia lebih selesa menganggap segala kesenangan dan kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan dari Yang Maha Esa.

    “Angka itu diberikan oleh orang dan ia boleh jadi lebih dan kurang. Namun, ia hanya angka, apa yang lebih penting ialah hala tuju kita sebagai hamba.

    “Saya hanya meminjam daripadaNya sahaja.

    “Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir. Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial.

    “Namun saya lebih selesa di belakang tabir kerana ada banyak urusan yang ingin saya ceburi. Kalau saya berhenti berlakon, ada yang akan merindui. Saya hanya membantu mereka untuk ke destinasi,” katanya.

    Adi menjelaskan dia lebih selesa menganggap segala kesenangan dan kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan Yang Maha Esa. – Agensi

    Adi berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pelancaran filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di Pangkalan Udara Subang, di sini, baru-baru ini.

    Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentara Udara, Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal, Adi tersenarai sebagai selebriti yang mempunyai kekayaan lebih dari RM4.3 juta pada tahun 2017/2018. Malah, Adi juga tersenarai sebagai 10 selebriti terkaya di Malaysia.

    Selain itu, ditanya mengenai pembabitannya yang kerap dalam menyantuni masyarakat, Adi menganggap ia adalah sebahagian tanggungjawab sosial seorang figura umum.

    “Saya rasa saya bersyukur dan berterima kasih kepada orang tua saya dan mereka yang menyampaikan berita itu.

    “Kerana tidak perlu saya hebahkan kerana pengantara itu sudah ada. Betul saya nak memberi kepada masyarakat dengan cara ini, orang lain lain caranya.

    “Sebagai figura awam saya tidak boleh lari daripada pemerhatian orang. Sekurang-kurangnya itulah yang boleh saya lakukan,” katanya.

    Sebagai info, Adi menubuhkan syarikat agensi pengurusan umrah dan haji bermula tahun 2013. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...