Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Trauma digigit anjing semasa berjoging

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Tidak lama Media Permata melaporkan keresahan pengunjung mengenai gangguan anjing di liar di kawasan Taman Mahkota Jubli Emas, satu insiden digigit anjing telah dilaporkan berlaku di kawasan tersebut.

    Seorang pengunjung yang berjoging di kawasan itu mendakwa telah mengalami kecederaan akibat digigit anjing.

    Mangsa yang dikenali sebagai Awang Yus Mokti memberitahu Media Permata bahawa beliau merasa trauma dengan kejadian berkenaan. Menurutnya, sebelum melakukan riadah, beliau telah mengetahui tentang keberadaan anjing-anjing di kawasan tersebut dan setelah selang beberapa minit sekitar pukul 7:30 pagi, tiga ekor anjing secara tiba-tiba menyerangnya dan seekor daripadanya menggigitnya di bahagian kaki, mengakibatkan luka tusukan daripada taring anjing berkenaan.

    Beliau bernasib baik kerana dibantu oleh pengunjung lainnya untuk menghalau anjing-anjing tersebut.

    Beliau seterusnya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak yang berwajib dan membawanya ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk rawatan serta mendapat suntikan vaksin rabies untuk mengelakkan daripada mendapat jangkitan lain.

    Seorang saksi kejadian itu, Awang Erwan Jumaat berkata, kejadian itu bukan terjadi kepada kanak-kanak dan jika ia terjadi kepada kanak-kanak kecederaan mungkin akan lebih teruk lagi.

    Salah seorang pengunjung juga melahirkan kebimbangannya kepada Media Permata bahawa anjing-anjing tersebut dijaga oleh seseorang dan diberi makan di kawasan tersebut.

    Beliau menyeru orang ramai terutama sekali kepada pencinta haiwan untuk tidak memberi makan anjing yang berada di kawasan orang ramai berkunjung.

    Awang Yus Mokti menunjukkan kesan luka gigitan anjing semasa berjoging di kawasan Taman Mahkota Jubli Emas.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...