Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sekatan senjata ke atas Somalia ditarik balik

    MOGADISHU, 26 NOV – Presiden Somalia Hassan Sheikh Mahamud kelmarin mengumumkan bahawa sekatan senjata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas Somalia akan ditarik balik bulan depan.

    “Kami mempunyai lima sasaran nasional tahun ini, termasuk membebaskan negara daripada al-Shabaab, penghapusan sekatan senjata, kemasukan ke Komuniti Afrika Timur (EAC) dan pelepasan hutang, serta sekatan senjata akan ditarik balik awal bulan depan,” kata Mahamud, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Sementara itu, penganalisis kanan Kumpulan Krisis Antarabangsa untuk Afrika Timur, Omar Mahmood, berkata kenyataan presiden berhubung penghapusan sekatan senjata menandakan keyakinan antarabangsa terhadap Somalia.

    Majlis Keselamatan melanjutkan sekatan senjata sehingga 15 November 2023, merujuk kepada ancaman berterusan oleh kumpulan pengganas al-Shabaab terhadap keamanan dan kestabilan rantau itu.

    Sekatan senjata itu berkuat kuasa sejak tahun 1992 untuk memutus aliran senjata ke negara itu selepas terlibat dalam kancah perang saudara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...