Saturday, November 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Rendah YSHHB B juara kejohanan futsal

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) B muncul juara Kejohanan Futsal Antara Belia Sekolah Yakin 2024 yang diadakan di Dewan Serba guna Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Sementara naib juara disandang oleh Pasukan Sekolah Rendah Panchor Murai, dan Pasukan Stella School menduduki tempat ketiga.

    Kejohanan futsal yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Yakin (YFL) dan disokong oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) YSHHB itu disertai oleh lapan buah pasukan termasuk Sekolah Rendah YSHHB A, Sekolah Rendah YSHHB B, Sekolah Stella, Sekolah Seri Mulia Sarjana, Sekolah Rendah Panchor Murai dan tiga buah pasukan jemputan iaitu Lakhs FC, Akademi Futsal Al-Mujaahidun dan Belia Masjid Kampung Kiudang.

    Kejohanan itu diadakan untuk menyediakan platform kepada pemain peringkat akar umbi yang berusia bawah 11 tahun bagi mengembangkan kemahiran asas dan membantu mengilap serta melahirkan pemain yang berpotensi dari peringkat awal.

    “Kejohanan julung kali diadakan itu adalah sebagai peranan positif YFL dalam membentuk mentaliti dan menerapkan disiplin, kerja berpasukan dan semangat kompetitif yang menyumbang ke arah pembentukan karakter positif di luar padang,” jelas Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Hitune, Pengiran Haji Zamri bin Haji Bujang semasa perasmian kejohanan berkenaan.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh, Pengiran Haji Zamri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Hitune, Dayang Herna Nur Imani binti Haji Muhd Jeffery.

    Pengiran Haji Zamri, Dayang Herna Nur Imani dan Pasukan Sekolah Rendah YSHHB B bergambar ramai bersama pingat yang dimenangi semasa kejohanan berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda