Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sektor pengangkutan Indonesia bersedia untuk cuti akhir tahun

    JAKARTA, 1 DIS – Semua jenis infrastruktur pengangkutan, termasuk lapangan terbang, stesen kereta api, terminal bas dan pelabuhan, telah bersedia untuk menampung 110.67 juta orang yang dijangka melakukan perjalanan semasa tempoh cuti Krismas dan Tahun Baharu, kata Menteri Pengangkutan Dudy Purwagandhi.

    Dalam satu kenyataan kementerian di Jakarta hari ini, Dudy memaklumkan beberapa hari lepas beliau telah melakukan pemeriksaan secara langsung di beberapa terminal pengangkutan utama di Wilayah Banten, Jakarta dan Jawa Barat, seperti Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dan beberapa stesen kereta api, lapor agensi berita ANTARA.

    Stesen-stesen yang ditinjau termasuk stesen-stesen kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung Whoosh.

    Purwagandhi menjelaskan, secara amnya, infrastruktur pengangkutan dipersiapkan dengan baik untuk melayani sejumlah besar pengembara yang dijangka tertumpu di Pulau Jawa sepanjang tempoh itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda