Wednesday, April 23, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seludup: Tiga lelaki, dua wanita ditahan

    KUDAT, 7 OGOS – Polis menahan lima orang termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan rokok di daerah ini.

    Ketua Polis Daerah Kudat, Supt Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata tiga lelaki dan dua wanita itu ditahan dalam serbuan di tiga rumah yang dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup di Kampung Tanjung Kapor dan Landung Layang semalam.

    Beliau berkata dalam serbuan itu, sebanyak 3,150 bungkus rokok dirampas dari tiga rumah didiami lima orang yang ditahan itu. Kesemua mereka direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan tiga kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda