Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sempadan Hong Kong-China dibuka

    HONG KONG, 8 JAN – Dengan mengucapkan selamat tinggal, seorang pelajar, Yuri Tan adalah antara ratusan yang teruja menuju ke utara sempadan merentasi sempadan Hong Kong dengan tanah besar China, hari ini ketika sekatan perjalanan akibat wabak telah ditarik balik dan membenarkan keluarga yang terpisah untuk bersatu semula.

    “Saya akan kembali kerana saya tidak perlu untuk menjalankan kuarantin lagi,” kata Tan yang sedang bergembira kepada AFP, sambil memegang beg yang mengandungi beberapa kotak ubat demam untuk keluarganya.

    Tan, 23 tahun, merancang untuk pergi ke Shenzhen, menyeberangi sempadan dari Hong Kong dan kemudian menaiki Apenerbangan untuk ke kampung halamannya di Yangzhou di timur China, perjalanan yang sebelum ini memakan masa kerana wajib menjalankan kuarantin terlebih dahulu.

    China menarik balik peraturan kuarantin untuk semua pelawat antarabangsa pada hari ini, menamatkan pengasingan selama hampir tiga tahun. Pada hari yang sama, sempadan antara tanah besar China dan Hong Kong juga menghapuskan banyak sekatan. Kira-kira 60,000 orang menuju ke selatan untuk pergi ke Hong Kong. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...