Wednesday, September 11, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua cadangan, pandangan untuk Belanjawan 2025 dipertimbangkan – Zaliha

    LABUAN, 11 OGOS – Semua cadangan dan pandangan yang diketengahkan oleh pemain industri tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini akan dipertimbangkan dengan teliti dalam Belanjawan 2025 akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

    Beliau berkata kerajaan kekal komited untuk menangani isu-isu dibangkitkan oleh pihak berkepentingan di sini bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan meningkatkan ekonomi pulau berkenaan.

    Zaliha berkata malam tadi telah diadakan satu sesi perjumpaan membabitkan 150 pemimpin serta wakil daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan perniagaan, yang berkumpul bagi membincangkan inisiatif Bajet 2025 untuk Labuan.

    “Sesi itu mengetengahkan banyak idea dan cadangan positif mengenai cara memacu ekonomi tempatan ke hadapan dan kami telah menerima maklum balas yang membina tentang cara meningkatkan ekonomi Labuan.

    “Yakinlah, pandangan-pandangan ini tidak akan diabaikan begitu sahaja, tetapi akan dimasukkan ke dalam cadangan Bajet 2025,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Kembara Merdeka di Kompleks Ujana Kewangan di sini.

    Beliau berkata antara fokus utama Belanjawan 2025 bagi Labuan adalah inisiatif pembangunan ekonomi dan penambahbaikan infrastruktur dan juga beberapa cadangan lain seperti pemindahan terminal feri ke tapak baharu. – Bernama

    Dr Zaliha Mustafa berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Anggerik Square, Kompleks Ujana Kewangan Labuan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda