SALT LAKE CITY, 31 Okt – Polis berkata seorang maut selepas kejadian tembakan yang berlaku berhampiran kampus Universiti Utah malam Isnin.
The Deseret News melaporkan bahawa universiti tersebut menghantar amaran pada jam 9 pagi kepada pelajar dan kakitangan.
Polis Salt Lake City yang ditugaskan mencari Austin Boutain, 24, yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.
Dia dianggap penjenayah bersenjata dan berbahaya.
Sekurang-kurangnya lapan agensi penguatkuasaan undang-undang berada di tempat kejadian, termasuk FBI.
Sebuah helikopter dikerahkan membantu pencarian. – AP