Saturday, October 12, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan di tengah Beirut ragut 22 nyawa

    LUBNAN, 11 OKT – Serangan udara Israel membunuh kira-kira 22 orang di tengah Beirut kelmarin ketika tentera darat Israel di Lubnan dituduh menembak ke arah ibu pejabat pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mencederakan dua anggota Blue Helmets.

    Serangan ke atas Beirut, di mana seorang wartawan AFP terdengar beberapa letupan kuat, adalah serangan ketiga seumpama itu ke atas pusat ibu kota Lubnan sejak Israel meningkatkan kempen ketenteraannya bulan lalu.

    Kementerian Kesihatan Lubnan mengeluarkan angka kematian terkini dan menyatakan jumlah yang cedera telah meningkat kepada 117 orang.

    Rakaman TV secara langsung AFP menunjukkan dua kepulan asap kelihatan di antara bangunan yang padat, sementara pihak berkuasa Israel tidak memberikan komen segera mengenai sifat sasaran serangan itu.

    Sumber keselamatan Lubnan, tanpa memberikan butiran lanjut, berkata pemimpin Hizbullah menjadi sasaran selepas beberapa siri pembunuhan pegawai tinggi dalam kumpulan yang disokong Iran.

    Kebanyakan serangan Israel sebelum ini menyasarkan kawasan selatan Beirut, bukan pusat bandar.

    Serangan itu berlaku pada hari yang sama pasukan pengaman PBB di Lubnan menuduh tentera Israel berulang kali melepaskan tembakan ke arah kedudukannya, termasuk menggunakan kereta kebal, menyebabkan dua tentera Indonesia cedera.

    Ketua EU, Charles Michel hari ini menyatakan bahawa serangan terhadap misi keamanan PBB adalah tidak bertanggungjawab, dan tidak boleh diterima selepas Itali dan Sepanyol kedua-duanya mengecam serangan itu.

    Washington pula menyatakan walaupun Israel menyasarkan kemudahan Hizbullah, ‘adalah penting ahawa mereka tidak mengancam keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman PBB.’ – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda