Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serbia ancam tinggalkan Kejohanan Euro

    BELGRADE, 20 JUN – Pegawai bola sepak Serbia mengancam untuk meninggalkan Kejohanan Eropah selepas mereka rasa tersinggung dengan laungan peminat yang dilaporkan kedengaran semasa perlawanan Albania dan Croatia kelmarin yang berkesudahan 2-2 di Hamburg.

    Serbia memulakan perlawanan kumpulan kedua menentang Slovenia hari ini di Munich.

    “Apa yang berlaku adalah mengejutkan dan kami akan meminta UEFA untuk mengenakan sekatan, walaupun jika pertandingan dibatalkan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Serbia, Jovan Surbatovic.

    “Kami akan meminta UEFA menghukum persekutuan kedua-dua pasukan. Kami tidak mahu mengambil bahagian dalam kejadian itu, tetapi jika UEFA tidak menghukum mereka, kami akan memikirkan bagaimana untuk meneruskan tindakan lanjut.”

    Dalam satu kenyataan berasingan hari ini, Serbia FA mengecam ‘tingkah laku bersifat perkauman yang memalukan’ oleh penyokong Albania dan Croatia dan berkata perlawanan itu sepatutnya digantung sebaik sahaja laungan dimulakan.

    Walau bagaimanapun, UEFA masih belum memberikan respons. – AP

    Reaksi penyokong Serbia menjelang perlawanan di Gelsenkirchen, Jerman pada 16 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda