Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi tadabbur ajak hayati mesej Surah Al-Ikhlas

    Gambar serahan UBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Dalam usaha mengajak pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan orang awam menghayati kandungan Al-Quran, Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UBD telah menganjurkan sesi tadabbur Al-Quran Surah Al-Ikhlas di Masjid UBD hari ini.

    Menurut kenyataan dari UBD, tadabbur daripada Program Quranic Journey unit itu turut disiarkan secara langsung melalui Instagram Persatuan Mahasiswa UBD (PMUBD).

    Hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle dan para pensyarah serta kakitangan UBD dan para jemputan dari universiti dan sekolah lain. Sesi tadabbur disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Nazirul Mubin bin Ahad.

    Selain menghayati kandungan Al-Quran, kalamullah itu juga sepatutnya difahami dan dihayati oleh semua Muslimin bagi mencapai dan mengetahui mesej yang disampaikan kepada hambaNya. 

    Surah Al-Ikhlas dipilih bagi sesi tadabbur itu kerana mesejnya adalah berkisar tentang tauhid yang mana perkara pertama yang perlu dan mesti dijaga dan dititikberatkan dalam kalangan semua Muslimin ialah akidahnya, menurut kenyataan itu lagi.

    Dr Hazri semasa menghadiri majlis tadabbur tersebut.
    Antara hadirin yang menyertai sesi tadabbur Surah Al-Ikhlas di Masjid UBD.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda