Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 tahun, Setia Motors Sdn Bhd menawarkan body kit percuma bagi model Elantra, Hyundai.
Tawaran berkenaan yang akan berakhir pada 28 Februari tahun ini, dibukakan kepada pelanggan yang membeli kereta model Elantra sahaja.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Elantra adalah evolusi sofistikated sedan kompak jenama berkenaan yang telah lama wujud. Kini telah memasuki generasi ke-6, model ini mendasarkan populariti globalnya dengan memperkenalkan rekaan dinamik, mengetengahkan statusnya dan keunikan kewujudannya dalam segmen sedan bersaiz kompak yang sangat kompetitif.

Dengan ciri-ciri dalaman dan luaran penentu kelas, elemen-elemen gaya yang diperhalus menggambarkan falsafah reka bentuk Hyundai Motor yang berubah.
Visi berkenaan menggabungkan kehalusan dinamik reka bentuk luaran yang melengkapi gaya kontemporari, sporty dan selesa model tersebut.
Gril besarnya yang berbentuk heksagon dipadankan dengan lampu nipis dan ‘sporty’ supaya kelihatan bertenaga, manakala permukaannya yang bersih membuatkan penampilan Elantra yang serba baru tersebut kelihatan lebih aktif.