Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sharon Stone kena saman AS$35,000 memandu lebih had laju

    Pelakon Amerika, Sharon Stone disaman sebanyak AS$35,000 atas kesalah memandu melebihi had laju ditetapkan sehingga menyebabkan kemalangan di Los Angelas pada Jun tahun lalu.

    Sharon, 66, didakwa memandu kenderaan peribadinya secara tidak selamat di laluan keluar lebuh raya Amerika Syarikat (AS) Route 101 di Coldwater Canyon Avenue.

    Tuduhan dibuat oleh seorang pengguna jalan raya lain yang terlibat dengan insiden berkenaan menerusi satu aduan pada 24 April lalu.

    Dalam laporan aduan itu, Sharon didakwa dengan lalai mengendalikan kenderaan sehingga menyebabkan pelanggaran ketika membuat pusingan secara tidak selamat ke susur keluar dan bertembung dengan kenderaan lain.

    Laporan turut mengesahkan Sharon melanggar tiga peraturan kenderaan California termasuk memandu terlalu laju, membuat pusingan secara merbahaya dan menukar lorong secara mengejut

    Memetik laporan mStar, bukan itu sahaja, pengadu turut menuntut ganti rugi harta benda, tekanan emosi dan kerugian bukan ekonomi susulan berdepan kemalangan tersebut.

    Bagaimanapun, sehingga kini pelakon Basic Instint berkenaan masih belum memberikan respons berhubung saman dan tuntutan mahkamah terhadapnya.

    Untuk rekod, Sharon Stone memulakan kerjaya lakonannya bermula awal 80an menerusi filem Stardust Memories. – Agensi

    Kecuaian Sharon mengendali kereta membawa padah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...