Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Britney Spears nafi alami gangguan mental

    Penyanyi Britney Spears didakwa sedang mengalami gangguan kesihatan mental kerana dilihat dalam keadaan ‘mengerikan’ selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya iaitu Paul Richard Soliz pada malam Rabu.

    Menurut mStar yang memetik laporan TMZ, Britney berada dalam keadaan luar kawalan apabila menjerit-jerit di kawasan lorong kediamannya.

    Beberapa jiran tetangga yang melihat situasi itu menyangka penyanyi pop berkenaan sedang mengalami gangguan mental dan menghubungi pasukan paramedik untuk bantuan.

    Bagaimanapun, Britney menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dirinya hanya memerlukan pertolongan kerana buku lalinya terseliuh.

    “Saya hanya ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berita itu adalah palsu (gangguan mental).

    “Saya hanya mengalami gangguan hormon (haid) dan kaki saya terseliuh disebabkan itu pasukan paramedik tidak sengaja datang ke rumah saya,” katanya.

    Britney berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat di Instagram miliknya. – Agensi

    Britney menafikan dirinya mengalami gangguan mental. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...