Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Pasangan warga emas maut dalam nahas jalan raya

    KOTA KINABALU, 5 MEI – Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.

    Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Midin @ Maidin Sinja, 69, dan isterinya Jurai Imran, 65, meninggal dunia akibat tersepit dalam kereta Perodua Myvi dinaiki mereka.

    Kenyataan itu turut memaklumkan JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada 1:56 tengah hari dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 21 kilometer.

    “Kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser bertembung kereta Perodua Myvi. Terdapat empat mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

    “Dua mangsa menaiki Perodua Myvi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

    Dua lagi mangsa masing-masing lelaki dan wanita berusia 69 dan 64 tahun menaiki Toyota Unser mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...