Saturday, January 4, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Silang kata, catur dapat kurangkan risiko demensia

    SYDNEY, 16 JULAI – Kajian baharu yang dijalankan oleh Universiti Monash Australia mendapati bahawa aktiviti riadah yang merangsang kognitif tertentu, seperti bermain catur dan silang kata, boleh mengurangkan risiko demensia dalam kalangan warga emas.

    Diterbitkan dalam jurnal JAMA Network Open pada Jumaat, kajian itu memfokuskan kepada 10,318 orang dewasa berumur 70 tahun ke atas di Australia. Individu yang disyaki mengalami demensia dikenal pasti melalui aktiviti lawatan sambil belajar.

    Penyelidik juga mengumpul maklumat mengenai aktiviti merangsang sosial dan mental peserta serta rangkaian sosial melalui soal selidik.

    Menurut kajian itu, penyertaan yang lebih kerap dalam aktiviti literasi orang dewasa dan aktiviti mental yang aktif, seperti bermain permainan, kad atau catur dan silang kata atau teka-teki, dikaitkan dengan pengurangan 9 peratus hingga 11 peratus risiko demensia, lapor Xinhua.

    Sementara itu, hobi kreatif seperti membuat kerajinan, mengait dan melukis, dan membaca mampu mengurangkan risiko sebanyak tujuh peratus.

    Data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan bahawa pada masa ini, lebih 55 juta orang mengalami demensia di seluruh dunia, dengan hampir 10 juta kes baharu direkodkan setiap tahun. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda