Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura laksana hukuman mati kedua dalam kurang seminggu

    SINGAPURA, 7 OGOS – Singapura hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki berusia 59 tahun kerana mengedar dadah, kata pihak berkuasa, hukuman mati kedua di negara kota itu dalam tempoh kurang seminggu.

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia berkata, hukuman mati tidak mempunyai kesan pencegahan yang terbukti dan menggesa ia dihentikan. Pegawai-pegawai Singapura, bagaimanapun, menegaskan ia telah membantu menjadikan negara itu antara yang paling selamat di Asia.

    “Hukuman mati yang dijatuhkan ke atas warga Singapura berusia 59 tahun telah dilaksanakan pada 7 Ogos 2024,” kata Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan.

    Lelaki itu disabit kesalahan mengedar “tidak kurang 35.85” gram heroin tulen.Mengedar lebih daripada 15 gram heroin boleh dikenakan hukuman mati di bawah undang-undang dadah Singapura yang ketat.

    “Dia telah diberikan proses yang wajar sepenuhnya di bawah undang-undang, dan diwakili oleh peguam bela sepanjang proses itu,” kata CNB.

    “Dia merayu terhadap sabitan dan hukumannya, dan Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 11 Mei 2022. Petisyennya kepada presiden untuk pengampunan tidak berjaya.”

    Tiada butiran lanjut diberikan.

    Ia merupakan hukuman mati kedua di Singapura dalam tempoh kurang seminggu dan yang ketiga tahun ini. – AFP

    Orang ramai berkumpul di sebelah patung Merlion di Marina Bay Waterfront Promenade di Singapura, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda