Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sisa kulit ikan jadi barangan berkualiti

    RABAT, 31 Okt – Sebuah syarikat di Maghribi dikenali SeaSkin, berjaya mengguna pakai sisa buangan terdiri kulit dan sisik ikan, menjadi barangan kulit yang mewah untuk menghasilkan beg tangan, kasut atau sarung telefon pintar, lapor agensi berita China Xinhua.

    Diasaskan oleh Nawal Al-laoui, seorang pelajar Sekolah Tinggi Industri Tekstil dan Pakaian, syarikat itu menghasilkan serta memasarkan barangan kulit mewah dihasilkan daripada kulit ikan.

    Beliau yang sering mengunjungi pantai di Casablanca serta mahir mengenai spesies ikan, berjaya menemui cara untuk mengubah kulit ikan menjadi barangan bernilai.

    “Saya mendapat idea itu ketika bekerja di bidang keusahawanan sosial dengan isteri nelayan di rantau Casablanca yang bekerja membersihkan ikan,” kata pelajar berkenaan.

    Selepas beberapa ujian dilakukannya, Nawal berjaya mencipta bahan ajaib untuk menyamak kulit ikan, berdasarkan produk organik seperti henna.

    Sebaik memperolehi kulit ikan yang dibuang, proses membersihkan dan membuang sisa daging ikan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum proses menyamak (menukarkan kulit haiwan menjadi barang kulit yang lembut dan berwarna).

    Proses seterusnya menggaulkan kulit ikan dengan bahan semulajadi sebelum dikeringkan menjadi kulit untuk menghasilkan aksesori mewah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda