Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Skuad Tabuan Muda kembali ke tanah air

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Pasukan bola sepak kebangsaan Brunei Darussalam berpeluang mempelajari kualiti bola sepak yang dipamerkan oleh pasukan lawan di peringkat benua berikutan latihan mereka di Dammam, Arab Saudi, baru-baru ini.

    Ketua jurulatih kebangsaan, Haji Mohd Rosanan bin Abdullah Samak mengongsikan beberapa pengajaran yang dipelajari setelah mereka kembali ke tanah air pada hari ini.

    Awal bulan ini, dia menyaksikan pasukannya menentang Al-Qadsiah FC, Ettifaq FC dan Galaxy FC dalam perlawanan persahabatan. Siri perlawanan tersebut juga membantu anak-anak buahnya mendapatkan masa perlawanan yang diperlukan.

    “Salah satu pengajaran yang diperoleh semasa kunjungan ini adalah kualiti pemain daripada pasukan lawan dari segi prestasi permainan mereka secara individu. Banyak lagi pengajaran yang kami perolehi selama berada di Arab Saudi,” katanya.

    “Tahap prestasi permainan mereka sangat tinggi. Apabila kami bermain menentang mereka, perbandingan daripada kualiti permainan sangat besar,” tambahnya.

    Haji Mohd Rosanan bersama ahli-ahli pasukan Tabuan Muda semasa sesi bergambar ramai di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei setelah mereka tiba ke tanah air.

    “Tetapi perkara itu adalah satu pencapaian untuk kami dan dengan perlahan dapat membiasakan dengan gaya permainan mereka sehingga perlawanan akhir,” katanya lagi.

    Perlawanan bola sepak antarabangsa kembali diadakan baru-baru ini sejak penularan wabak COVID, Haji Mohd Rosanan menambah bahawa pasukannya bermain secara bertahan dalam perlawanan persahabatan menentang Laos dan Malaysia pada awal tahun ini.

    Dia menambah, pemain utama mereka tidak tersedia semasa persahabatan menentang Laos, Malaysia dan kelab-kelab Arab Saudi.

    Sementara itu, Haji Mohd Rosanan adalah bekas pemain antarabangsa Brunei Darussalam, juga mendedahkan kedudukan pemain utama dalam pasukan kebangsaan yang masih belum diketahui berikutan beberapa isu yang tidak dijangka dan menjadi punca ketiadaan mereka dalam perlawanan antarabangsa.

    Ketua jurulatih percaya bahawa dengan pasukan di bawah kendaliannya berupaya membiasakan diri dalam menyamai kualiti pasukan serantau, terutamanya daripada segi kecergasan, melalui taktik yang akan diguna pakai untuk mempertingkatkan persefahaman dan kerjasama antara pemain.

    Semasa ditanya mengenai rancangan untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa, Haji Mohd Rosanan berkata bahawa peranannya adalah untuk menyediakan pasukan kebangsaan menentang apa sahaja pasukan yang ditetapkan oleh pihak Persatuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD).

    Selain daripada itu, Haji Mohd Rosanan juga mengongsikan mengenai perkembangan pasukan semenjak beliau mengendalikan pasukan sebagai ketua jurulatih pada awal tahun ini dan kebolehan Awang Alinur Rashimy bin Jufri sebagai pemain yang serba boleh menarik perhatiannya.

    “Saya sangat gembira dengan permainannya. Dia adalah pemain daripada pasukan bawah 23 tahun dan berkemampuan memegang apa sahaja posisi. Dia boleh bermain di mana sahaja,” kata Haji Mohd Rosanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...