Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Slot puji semangat Liverpool menentang Wolves

    LIVERPOOL, 17 FEB – Arne Slot memuji semangat juang Liverpool apabila pendahulu Liga Perdana yang ‘penat’ itu terselamat daripada ketegangan ketika menentang Wolves kelmarin.

    Dengan kemenangan 2-1, skuad Slot mendahului tujuh mata di depan Arsenal hasil jaringan pembukaan awal Luis Diaz dan penalti Mohamed Salah sebelum separuh masa perlawanan di Anfield.

    Sememangnya, Ia tidak mudah untuk Liverpool walaupun bermula dengan baik ketika Wolves cuba mengganas menyerang balas.

    Ledakan Matheus Cunha mengurangkan defisit dan Liverpool terpaksa bertahan sehingga akhir perlawanan sebelum mereka boleh meraikan kemenangan pertama dalam tiga perlawanan dalam semua pertandingan.

    Terhutang budi kepada Alisson Becker untuk beberapa aksi penyelamatan penting, bos Liverpool Slot berkata: “(Perlawanan) Yang ini besar. Kami perlu bertarung dan kami memerlukan Alisson.

    “Wolves mengambil banyak risiko. Dalam musim di mana awda mahu mencapai sesuatu, awda perlu mempunyai kemenangan seperti ini juga.

    “Bukanlah satu rancangan permainan untuk tidak mencipta apa-apa (peluang) sama sekali. Mereka menjadi semakin baik,(manakala) kami pula menjadi semakin teruk.

    “Kami terpaksa menunjukkan mentaliti yang berbeza dan mengatasinya. Jika ini yang diperlukan untuk menang, maka saya gembira pemain boleh melakukannya sekali lagi.”

    Slot mengakui Liverpool menjadi goyah selepas keputusan seri 2-2 dengan Everton dan juga penyingkiran memalukan Piala FA hujung minggu lalu oleh Plymouth.

    “Kepenatan pemain adalah dari banyak berlari dan sedikit keletihan mental. Kami benar-benar diuji dari segi mental hari ini. Mungkin ia menyebabkan kami agak letih. Saya melihat buat kali pertama musim ini pemain lebih letih daripada biasa,” katanya.

    Liverpool bakal bertemu Aston Villa, Manchester City dan Newcastle dalam tiga perlawanan liga seterusnya. – AFP

    Mohamed Salah meraikan jaringan kedua Liverpool semasa menentang Wolverhampton Wanderers di Anfield, Liverpool kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda