LIVERPOOL, 22 JAN – Arne Slot tidak pasti bahawa menamatkan saingan di puncak dalam fasa liga akan menjadi satu kelebihan selepas mengesahkan mara ke pusingan 16 terakhir kelmarin.
The Reds menewaskan Lille 2-1 di tempat sendiri mengekekalkan rekod sempurna tanpa kalah dalam tujuh perlawanan mengikut format baharu pertandingan itu.
Ini bermakna Liverpool akan berdepan pasukan yang menduduki tempat ke-15 dan ke-18 dalam pusingan 16 terakhir.
Bagaimanapun, slot tidak percaya jadual itu menceritakan kisah yang sebenar memandangkan setiap kelab berdepan dengan lapan lawan berbeza dalam fasa liga.
“Kami gembira kerana kami berada di kedudukan lapan terbaik. Namun hanya itulah satu-satunya perkara yang memberitahu saya sesuatu, kerana jadual liga sebenarnya ini tidak memberitahu awda apa-apa,” kata jurulatih Belanda itu.
“Kebiasannya dalam tenis, jika awda nombor 1, awda boleh tahu jika awda bermain menentang nombor 24 yang mungkin tidak sehebat nombor 16.
“Tetapi di sini, kerana kami menetang pasukan yang berbeza, mungkin nombor 24 lebih baik daripada nombor 16, Cuma nombor 16 bertemu lawan yang lebih mudah.
“Kami juga mahu berada di puncak liga, tetapi saya tidak begitu pasti. Kami perlu menunggu dan melihat sama ada ia satu kelebihan, buat masa ini begitulah pandangan saya.”
Liverpool jauh daripada prestasi terbaik mereka menentang Lille dengan 10 pemain dan memerlukan jaringan yang melantun daripada Harvey Elliott untuk memperoleh kemenangan.
“Sebagai pengurus, saya agak kagum dengan perlawanan tadi lebih daripada penonton lain kerana mereka mungkin menyangka ‘Oh, Ia hanyalah Lille.’ Tetapi saya tahu bahawa mereka pernah melalui 21 perlawanan tanpa kalah, termasuk menewaskan Real Dadrid dan Atletico Madrid.
“Terbukti mereka mempunyai pemain terbaik di dunia. Jadi itu bermakna mereka sangat teratur dan sukar untuk dikalahkan, dan mereka adalah pasukan yang bekerja keras, jadi (menentang mereka) tidak begitu mudah.” – AFP