Sonu Sood yang bukan saja seorang pelakon Bollywood terkenal membintangi filem seperti Dabangg, Jodha Akbar, Happy New Year, Simmba dan lainnya malah amat mengambil berat tentang pekerja asing, telah meraikan ulang tahunnya yang ke-47 tahun.
Pada hari ulang tahunnya itu, pelakon tersebut telah merancang menganjurkan kem perubatan, yang diharapkannya dapat memuatkan 50,000 orang.
Bercakap dengan HT, pelakon itu berkata, “Saya telah merancang ini sejak sekian lama, dan telah berbicara dengan banyak doktor yang sudah ada di Uttar Pradesh, Jharkhand, Punjab dan Orissa. Tetapi sekarang, banjir melanda Assam dan Bihar, jadi kami berusaha bagaimana menempatkan mereka di sana. Ia tidak boleh menjadi khemah biasa di mana ribuan orang biasa datang. Ia juga percuma.“ Pelakon itu mengatakan bahawa ia akan dilakukan dengan mengikuti panduan COVID-19 dan berkata, “Kami berdepan halangan, kerana harus ada penjarakan sosial. Sekiranya kita mengumumkan seperti itu, 5,000 hingga 6,000 orang akan berkumpul, kita tidak dapat melakukannya.” – Agensi
