Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sony di India tamatkan penggabungan dengan Zee

    TOKYO, 22 JAN – Sony hari ini menamatkan penggabungan bernilai AS$10 bilion antara operasinya di India dengan saingan tempatan, Zee Entertainment yang akan mewujudkan syarikat gergasi penyiaran baharu di negara yang paling ramai penduduk di dunia itu.

    Entiti bersama dengan pendapatan tahunan yang dijangkakan sebanyak AS$2 bilion itu akan membantu kedua-dua firma bersaing dengan lebih baik dengan Disney, Amazon dan Netflix dalam pasaran hiburan yang melibatkan 1.4 bilion orang.

    Tetapi dengan laporan bahawa Sony tidak berpuas hati dengan prestasi Zee sejak penggabungan itu dipersetujui pada akhir 2021, syarikat gergasi Jepun itu berkata hari ini bahawa syarat untuk menutup perjanjian itu ‘tidak dipenuhi’.

    Satu lagi rintangan yang dilaporkan adalah keinginan Zee supaya ketua eksekutifnya, Punit Goenka, anak kepada pengasas Subhash Chandra, menjalankan entiti yang digabungkan.

    Kedua-dua lelaki itu sedang disiasat oleh pengawal selia pasaran kewangan India berhubung dakwaan penipuan. Mereka menafikan sebarang kesalahan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...