Thursday, October 3, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sophie Turner mengaku susah jadi ibu tunggal

    Hampir setahun bercerai, pelakon Sophie Turner mengakui tidak mudah membesarkan anak-anak sendirian tanpa kehadiran suami.

    Serba tidak kena, Sophie, 28, kecewa dengan persepsi negatif orang ramai terhadap wanita yang bergelar ibu tunggal.

    “Susah sebenarnya jadi ibu tunggal, orang luar tak faham.

    “Ada banyak benda yang dianggap memalukan bila jadi ibu. Keluar bekerja salah, tak keluar bekerja pun salah,” katanya memetik laporan mStar.

    Tidak mengendahkan kecaman dilemparkan, pelakon filem X-Men itu nekad bekerja keras demi anak-anaknya.

    “Saya bersyukur dapat peluang jadi seorang ibu. Dia buatkan saya nak terus bekerja untuk anak-anak.

    “Dan saya rasa penting untuk anak-anak tengok macam mana besarnya pengorbanan ibu untuk mereka,” jelasnya.

    Sebelum ini, Sophie didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu selepas foto dirinya berpesta tersebar di Internet.

    Pada 5 September tahun lalu, penyanyi Joe Jonas memfailkan cerai terhadap Sophie selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. – Agensi

    Sophia mengakui sukar menjadi ibu tunggal. – Newsweek.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda