Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sophie Turner saman Joe Jonas

    Kemelut rumah tangga pasangan Joe Jonas dan Sophie Turner, memasuki episod baharu apabila aktres itu memfailkan saman terhadap suaminya.

    Sophie, 27, dilaporkan bertindak sedemikian susulan Joe didakwa enggan menyerahkan pasport dua anak mereka bagi membolehkan mereka pulang ke England.

    CNN melaporkan laporan mahkamah sebelum ini menyebut Joe dan Sophie meletakkan England sebagai tempat tinggal kekal mereka pada April 2023.

    Justeru Sophie berhak membawa anak-anak mereka pulang ke negara itu biarpun kedua-duanya lebih banyak menghabiskan masa di New York, Amerika Syarikat.

    Sumber terdekat pasangan itu pula memberitahu Sophie yang merupakan warganegara England mahu pulang ke sana bersama dua anaknya bagi menjalani penggambaran sebuah filem.

    Bagaimanapun ketika satu sesi pertemuan, Joe enggan menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa anak-anak mereka kepada Sophie.

    “Joe memberitahu mereka telah mencapai persetujuan tentang kerjasama menjaga anak,” jelas satu sumber.

    Pada 5 September lalu, Joe memfailkan cerai terhadap Sophie selepas empat tahun mereka mendirikan rumah tangga. – Agensi

    Joe dan Sophie telah capai kata sepakat tentang hak penjagaan anak. – httpswww.standard.co.uk
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda