Wednesday, September 11, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SPARK didik PKWE Belait mengenai strok

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BELAIT, 11 OGOS – Sebuah kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahun ketiga dalam bidang perubatan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dikenali sebagai SPARK, kelmarin meneruskan siri acara kesedaran strok yang akan diadakan di Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Belait.

    Acara bermula dengan agenda soal selidik awal dan pemeriksaan tekanan darah, penilaian kesihatan awal untuk peserta, aktiviti kuiz interaktif dan kuiz bagi meningkatkan kesedaran mengenai strok.

    Selain itu, acara turut diisikan dengan ceramah kesedaran strok, sesi informatif mengenai pengenalan dan pengurusan simptom strok, soal selidik untuk menilai pengetahuan yang diperoleh dan aktiviti fizikal ringan seperti senaman bagi mempromosikan kesihatan dan pencegahan strok.

    Acara tersebut bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai pengenalan strok dan menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas sebagai langkah pencegahan strok.

    SPARK komited untuk meningkatkan pemahaman awam tentang strok dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas.

    Acara itu merupakan peluang berharga untuk komuniti belajar dan terlibat dalam pencegahan strok.

    Menurut SPARK, mereka berusaha untuk mempromosikan kesejahteraan dan menyokong amalan hidup sihat bagi semua peringkat umur.

    Warga emas bergambar ramai bersama ahli SPARK dan wakil dari Kare Health Brunei. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Salah satu ceramah yang diadakan sebagai sebahagian daripada program. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Sebahagian warga emas menyertai beberapa aktiviti sepanjang acara kesedaran strok. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda