Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Spectrum 2024 pamer karya kreatif pelajar UBD

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Kreativiti, inovasi dan karya seni para pelajar tahun akhir Design and Creative Industries (DCI), Universiti Brunei Darussalam (UBD) diketengahkan dalam Pameran Spectrum 2024: Unveil yang membuka tirainya di Dewan Canselor, UBD, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan pelancaran pameran berkenaan ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    Dalam kata alu-aluannya, Pengarah Spectrum 2024, Awang Mohammad Apandi bin Abdul Razak berkata pameran itu membawa makna yang istimewa di mana ia dihasratkan sebagai lampu panduan yang melambangkan potensi yang tidak terbatas dalam diri setiap pelajar.

    Sementara itu, Penyelaras Pameran Spectrum, Dr Rui Oliveira Lopes dalam ucapannya menyatakan bahawa industri seni dan kreatif Negara Brunei Darussalam telah berkembang serta melalui perubahan yang positif dengan UBD memainkan peranan penting membantu menerajui perubahan berkenaan.

    Pada masa yang sama, perubahan pesat berkenaan turut menyaksikan perkembangan teknologi yang memperkenalkan elemen baharu dalam industri kreatif dan adalah amat penting untuk memanfaatkan perubahan pesat teknologi dan inovasi berkenaan seperti kecerdasan buatan (AI) dalam memantapkan bidang seni kreatif.

    Dr Hazri ketika mengunjungi Pameran Spectrum 2024: Unveil di Dewan Canselor, UBD. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara karya yang dipamerkan pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Beliau juga menyatakan bahawa golongan belia harus menjadi peneraju dan pemimpin dalam membangunkan serta mempelbagaikan ekonomi negara termasuk menerajui pembangunan industri kreatif dan seni.

    Majlis seterusnya menyaksikan Dr Hazri menyempurnakan pelancaran, melawat dan diberikan penerangan mengenai karya-karya seni yang diketengahkan dalam Pameran Spectrum 2024: Unveil.

    Pameran Spectrum merupakan pameran tamat pengajian tahunan pelajar DCI yang mengetengahkan karya seni dan platform kreatif yang membolehkan mereka untuk mempamerkan hasil pengajian yang dilalui sepanjang program empat tahun dari segi keusahawanan kreatif, rekaan, media, teknologi inovasi dan pengurusan perniagaan.

    Sebanyak 54 projek seni daripada pelajar-pelajar DCI diketengahkan dalam pameran berkenaan yang mewakili sembilan kluster dengan mempamerkan karya inovatif mereka termasuk seni, arca, rekaan produk, pembangunan permainan, teknologi dan seni digital, produksi media dan filem, penerbitan, rekaan fesyen serta fotografi.

    Tema pameran, Unveil bukan sahaja mempamerkan kreativiti tanpa batas para pelajar tetapi ia juga merupakan bukti pertumbuhan, perjalanan dan potensi mereka. Ia juga merupakan sebagai permulaan perjalanan mereka memasuki industri kreatif yang lebih meluas di Brunei di mana bakat mereka dapat dikembangkan serta diserlahkan.

    Spectrum 2024 diadakan selama sebulan hingga 17 Mei di mana ia dibukakan bagi kunjungan pada setiap Selasa hingga Ahad bermula 9 pagi hingga 5 petang dan Jumaat dari pukul 2 petang hingga 6 petang.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...