Pada satu ketika, pernah ada ura-ura untuk membina sebuah lagi stadium utama yang bakal menambah corakkan lagi era pembangunan dan kemajuan sukan negara.
Dikatakan stadium baharu ini memuatkan prasarana canggih, tempat duduk yang lebih banyak, trek dan platform terkini utk penyampaian maklumat menggunakan media sosial serta ruang letak kereta yang lebih luas dan ruang pengusaha kecil-kecil memperdagangkan barangan mereka.
Timbulnya cadangan ini sewaktu diadakan Konvensyen Sukan Kebangsaan yang julung-julung kali diadakan pada November 2012. Namun begitu, kos pembinaannya yang dijangka memakan belanja puluhan juta ringgit terpaksa sama ada ditangguhkan atau dibatalkan sama sekali, dan cadangan tersebut berkubur begitu saja ditelan zaman.
Memandangkan negara kita bakal menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia Tenggara kali kedua, 2031, begitu juga kejohanan-kejohanan yang lain, adakah negara kita akan membina lagi stadium baharu untuk menjayakan lagi kejohanan-kejohanan ini.
Sementara menunggu acara perdana tersebut, negara boleh menjadi tuan rumah banyak lagi acara seperti Asean School Games 2029, BIMP-Eaga Friendship Games, Sukan Asia 2030, Islamic Solidarity Games 2033, AFF Suzuki Cup 2028 dan 2032, sambil memberi pengiktirafan pada stadium utama yang sedia ada masa ini iaitu Stadium Negara Hassanal Bolkiah untuk berkongsi sama menganjurkan acara tempatan, serantau dan antarabangsa tersebut.
Masa berjalan, jumlah penduduk dan peminat sukan bertambah (dijangka sekitar setengah juta pada 2030 nanti). Belia remaja yang berada pada era tersebut akan lebih bersatu dan komited untuk merealisasikan pembinaan dan pengguna-pakaian stadium kedua ini. Sama-samalah kita berharap percambahan fikiran yang bakal berlaku selepas ini memacu kepada positifnya pandangan kita terhadap kesatuan masyarakat dan negara menjelang wawasannya. – Pemerhati prihatin, Bunut