Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    STM raikan 30 anak yatim

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Bagi menceriakan lagi anak-anak yatim di negara ini sempena Bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim yang berlangsung di Dewan Serbaguna, STM, kelmarin.

    Majlis yang diadakan dengan kerjasama alumni Program Kerjasama Teknikal
    Malaysia (MTCP) di Brunei Darussalam itu meraikan 30 orang anak yatim dari Kampung Pancha Delima, Kampung Orang Kaya Besar Imas, Kam-pung Pulaie dan Kampung Anggerek Desa.

    Pada majlis itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah juga menyerahkan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim yang hadir.

    Dalam ucapan ringkas, Tuan Yang Terutama berkata bahawa kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim di negara ini terus mendapat perhatian daripada pihak STM dan komuniti Malaysia di negara ini.

    “Saya merasa bangga dan terharu melihat betapa peduli dan prihatin masyarakat Malaysia termasuk sektor swasta dalam menghulur bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan dan anak-anak yatim supaya golongan ini merasa ceria untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi,” ujarnya.

    Beliau berharap dengan sumbangan ikhlas daripada warga kerja STM, RHB Bank Brunei dan Petronas Carigali Brunei Ltd, termasuk duit raya, pakaian raya dan alat tulis, dapat menggembirakan dan memberikan senyuman kepada anak-anak yatim berkenaan.

    Selain warga kerja STM dan ahli keluarga, majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif RHB Bank Brunei, Haji Ishak Othman; Country Head, Petronas Carigali Brunei Ltd, Mohd Johan Ariff Mohd Supian, warga kerja RHB Bank Brunei dan Petronas
    Carigali Brunei Ltd, alumni MTCP, ketua-ketua kampung yang terlibat serta para penjaga anak yatim yang diraikan.

    TYT Dato’ Raja Reza menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim yang hadir pada majlis itu.
    Antara anak-anak yatim dan penjaga mereka yang hadir pada majlis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...