Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Stok bekalan darah di tahap rendah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Jabatan Perkhidmatan Makmal pada masa ini kekurangan bekalan semua jenis darah.

    Dalam usaha untuk menambah stok bekalan darah, Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya hari ini, meminta bantuan orang ramai untuk memberi sokongan dalam kempen derma darah yang diadakan dalam sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.

    Sehubungan itu, pusat berkenaan akan mengadakan kempen derma darah pada 28 September di Ibu Pejabat AIA, Tingkat 5, Pavo Point, Jalan Kianggeh di ibu negara dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah itu adalah sangat digalakkan.

    Manakala orang ramai yang ingin menderma darah bolehlah juga berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah bermula jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 samb. 5745 / 6001 / 6002 atau Whatsapp 8775745 / 7375745 / 7175745 atau email kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...