Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stromboli Island dilanda gempa, tsunami

    ROM, 5 DIS – Gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi melanda pulau ikonik Stromboli Itali semalam.

    Gegaran berukuran 4.6 pada skala Richter itu mencetuskan gelombang tsunami di pulau Aeolian pada ketinggian kira-kira satu setengah meter, namun tidak sampai ke pantai, menurut agensi berita Itali (ANSA).

    Gelombang ombak besar itu dilaporkan berpunca daripada serpihan bahagian dinding Sciara del Fuoco pecah lalu jatuh ke laut. ANSA melaporkan letusan daripada bahagian tenggara gunung berapi yang sangat aktif itu berterusan pada Isnin dengan lava mengalir ke laut dan tenggelam dalam kawasan perairan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda