Wednesday, December 25, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami lagi suka Afifah Nasir duduk rumah

    Sebulan bergelar isteri, pelakon Afifah Nasir mendedahkan suaminya iaitu Syed Hariz lebih suka dia berada di rumah berbanding keluar bekerja.

    Malah, Afifah atau Nur Afifah Nasir, 31, berkata suaminya kerap memberikan pelbagai alasan untuk menghalang dia pergi ke lokasi penggambaran.

    “Hariz lebih suka saya duduk rumah, saya rasa.

    “Sebab setiap kali saya beritahu nak pergi set, macam-macam alasan dia bagi untuk saya tak payah bekerja,” katanya menerusi hantaran di Instastory.

    Menurut mStar, Afifah berkata demikian bagi menjawab soalan daripada salah seorang pengikut yang bertanyakan mengenai karier lakonannya selepas berkahwin.

    Dalam pada itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini turut memberitahu dia kini lebih berminat untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

    “Dan kalau saya boleh jujur, sebenarnya saya suka jadi seorang suri rumah,” ujarnya.

    Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga bersama Syed Hariz pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. – Agensi

    Afifah suka menjadi seorang suri rumah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda