Thursday, April 24, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suga menang undian parti, bakal ganti Abe

    TOKYO, 14 SEPT – Parti pemerintah Jepun hari ini memilih Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga sebagai pemimpin baharunya, sekali gus bakal menggantikan Shinzo Abe sebagai perdana menteri Jepun berikutnya.

    Suga memperoleh undi tertinggi dengan memperoleh 377 daripada 534 undi sah yang dilancarkan oleh anggota Parlimen Parti Demokratik Liberal (LDP) dan perwakilan wilayah, jauh meninggalkan kedua-dua pesaingnya.

    Suga, 71, berjanji untuk meneruskan dasar Abe, iaitu janjinya ketika menerima pencalonan parti itu sebagai pemimpin.

    Berikutan majoriti dimiliki partinya, beliau diharapkan dengan mudah dapat memenangi suara Parlimen pada Rabu ini dan menjadi Perdana Menteri menggantikan Abe, yang meletak jawatan disebabkan faktor kesihatan.

    Biarpun belum memperoleh pelantikan rasmi, Suga mendapat sokongan daripada kelompok utama dalam parti pemerintah yang melihat pencalonannya sebagai kestabilan.

    LDP membuat pengundian dalam kalangan anggota Parlimen dan tiga perwakilan yang masing-masing daripada 47 wilayah negara itu, menghindari pemilihan meluas membabitkan semua anggota berpangkat yang menurut pegawainya akan mengambil masa yang lama untuk dilakukan. – AFP

    Yoshihide Suga ketika menyapa para penyokong selepas dipilih sebagai pemimpin baharu LDP pada 14 September di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda