Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Seramai 30 anak yatim yang terpilih telah menerima sumbangan daripada mantan-mantan Pengambilan Pertama Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, kelmarin.
Majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di kediaman Haji A. Murni bin Haji Majid dan Hajah Rosnani binti Haji Mohidin di Kampung Lambak, Jalan Pasir Berakas itu diteruskan dengan majlis bacaan Tahlil dan Doa Kesyukuran.
Dengan adanya sumbangan berkenaan, ia sedikit sebanyak diharap dapat membantu meringankan perbelanjaan anak-anak yatim dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti.