Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan ceriakan anak-anak yatim

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia, Kampung Belimbing Subok telah mengadakan Doa Arwah Sekampung 2024 yang berlangsung di Masjid Kampung Belimbing Subok, kelmarin.

    Pada majlis itu, bacaan tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh imam Masjid Kampung Belimbing sebelum diteruskan dengan penyampaian derma kepada lapan orang anak yatim yang disempurnakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan yang juga Ketua Kampung Belimbing, Mukim Kota Batu.

    Dengan adanya sumbangan berkenaan, ia sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada anak-anak yatim dalam menyambut bulan Ramadan tahun ini.

    Di samping itu, majlis diselajurkan dengan pengagihan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada penduduk kampung berkenaan.

    Yang Berhormat Haji Daud menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim. – GAMBAR SERAHAN MPK KAMPUNG BELIMBING
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda