Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Suraya Borhan selamat bersalin anak kedua

    Penyampai radio Suria FM iaitu Suraya Borhan selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 4:05 petang kelmarin.

    Anak damit lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Suraya, 41, meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran itu dipermudahkan.

    “My Little hero is here! Syukur Ya Allah dipermudahkan segalanya. “Berkat atas segala usaha dan penantian. Dikurniakan zuriat kedua penyejuk hati mommy daddy.

    “Lengkap sepasang. Alhamdulillah, moga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh,” tulisnya.

    Memetik laporan mStar, sebelum itu menerusi Instastory, Suraya sempat berkongsi video menikmati makan malam bersama rakan penyampai iaitu Sharifah Shahira.

    Malah dia juga sempat menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Asia perlawanan di antara Malaysia dan Korea Selatan pada malam Khamis.

    Untuk rekod Suraya dan suaminya iaitu Mohd Johanif Mohamed Nadzirin mendirikan rumah tangga pada April 2013.

    Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama diberi nama Janna Safya pada 27 Mac 2020. – Agensi

    Suraya selamat melahirkan anak lelaki. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...