Tuesday, October 22, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swiatek mara suku akhir di Stuttgart

    STUTTGART, JERMAN, 21 APRIL – Pemain ranking teratas Iga Swiatek kembali daripada kecederaan rusuk dengan kemenangan meyakinkan 6-1, 6-4 ke atas Zheng Qinwen untuk mara ke suku akhir Grand Prix Porsche semalam ketika Coco Gauff mengalami kekalahan mengecewakan kepada Anastasia Potapova.

    Swiatek tidak bermain sejak mara ke separuh akhir di Indian Wells bulan lalu dan terlepas Terbuka Miami serta perlawanan Poland dalam kelayakan Piala Billie Jean King.

    Selepas bye pusingan pertama di Stuttgart, musim tanah liat Swiatek bermula dengan lancar dalam set pertama berat sebelah sebelum Zheng bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk menyamakan kedudukan kedua pada 4-4, ha-nya untuk Swiatek mematahkan servis Zheng pada perlawanan seterusnya dan raih kemenangan.

    Seterus-nya ialah pertemuan suku akhir dengan Karolina Pliskova selepas pemain Czech itu menewaskan Donna Vekic 6-2, 6-7 (5), 7-6 (5).

    Potapova menewaskan Gauff, pemain ranking keenam, 6-2, 6-3 dalam perlawanan di mana mata penamat membawa kepada perbezaan. Potapova menyelamatkan enam mata penamat pada servisnya sendiri dan menukar tiga daripada 13 dalam permainan servis Gauff. Ia adalah kejohanan pertama warga Amerika itu sejak dia berpisah dengan jurulatih Diego Moyano, dengan alasan peribadi bagi pihak Moyano.

    Potapova seterusnya akan berdepan pilihan keempat Caroline Garcia, yang menewaskan Tatjana Maria 7-6 (5), 6-4.

    Sementara itu, Paula Badosa menempah satu pertemuan suku akhir dengan pemain ranking kedua Aryna Sabalenka selepas dia menewaskan rakan senegara Sepanyol, Cristina Bucsa 6-1, 6-2 dalam perlawanan pusingan kedua mereka. – AFP

    Iga Swiatek mengembalikan bola kepada Qinwen Zheng semasa kejohanan tenis di Stuttgart, Jerman pada 20 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda