Tuesday, October 22, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swiatek tempah tiket separuh akhir

    ROM, 15 MEI – Iga Swiatek berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Rom dengan kemenangan straight set 6-1, 6-3 ke atas Madison Keys kelmarin, manakala Alejandro Tabilo mara ke suku akhir lelaki secara mengejut selepas menewaskan Novak Djokovic.

    Pemain nombor satu dunia, Swiatek, meneruskan usahanya untuk merebut gelaran ketiga di Rom dengan gaya yang mengagumkan, menewaskan Keys dari Amerika Syarikat dalam tempoh lebih sejam di gelanggang tengah yang panas terik.

    “Hari ini saya sangat bangga dengan diri sendiri kerana saya rasa saya bermain lebih baik dan ini pasti hari terbaik saya di Rom,” kata Swiatek.

    Pada separuh akhir, Swiatek akan bertemu Zheng Qinwen atau pilihan ketiga, Coco Gauff, yang akan bertarung dalam perlawanan akhir hari itu di gelanggang tengah.

    Swiatek mengekalkan prestasi cemerlangnya di Foro Italico, di mana dia belum lagi tewas sebarang set, menjelang pertahanan gelarannya di Terbuka Perancis pada akhir bulan ini.

    Juara tiga kali Roland Garros itu tiba di Rome selepas memenangi gelaran WTA 1000 ketiganya musim ini di Madrid.

    Dia juga berpeluang menjadi wanita pertama sejak Serena Williams pada 2013 yang memenangi gelaran di ibu kota Sepanyol dan Itali pada musim yang sama. – AFP

    Swiatek semasa meraikan kemenangan pada kejohanan tenis Terbuka Rom di Foro Italico di Rom. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda