Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Syafiq nafi berkahwin hujung tahun

    Saling mencintai sejak tujuh tahun lalu, banyak pengorbanan terpaksa dilalui aktor, Syafiq Kyle, 30, dalam usaha menakluk hati gadis pujaannya, Mimi Lana, 27.

    Catatan cinta yang panjang, malah pernah berdepan pertelingkahan dan perpisahan, namun tautan hati pasangan sama cantik, sama padan itu semakin kuat selepas melalui badai yang melanda.

    Seperti pasangan bercinta lain, Syafiq dan Mimi pastinya menyemat impian mendirikan mahligai bahagia selepas hubungan diibarat ‘roller coaster’ yang ada pasang dan surut.

    Namun, Syafiq menafikan desas-desus bakal berkahwin dengan Mimi, penghujung tahun ini.

    Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu berkata, dia sendiri belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinan seperti dakwaan sesetengah pihak.

    Syafiq mendedahkan dia tidak akan mengadakan majlis tunang sebelum majlis perkahwinan. – Agensi

    “Macam mana nak nikah hujung tahun jika tiada persiapan? Saya belum ‘booking’ tok kadi untuk majlis akad nikah,” katanya sambil ketawa kepada wartawan.

    Bagaimanapun, kata Syafiq, dia merancang melangkah ke fasa perkahwinan dengan Mimi.

    “Jika ikutkan, saya sudah bersedia berumahtangga pada usia mencecah 30, tahun ini.

    “Mungkin tiada majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan buat perkara wajib seperti dituntut agama,” katanya.

    Mengulas tarikh majlis pernikahan, kata Syafiq, dia dan keluarga belum memutuskan tarikh yang bersesuaian.

    “Kami belum tetap tarikh disebabkan perlu menyelesaikan komitmen kerjaya seni terlebih dahulu.

    “Insya-Allah, saya tidak akan berahsia apabila sudah dapat tarikh tetap nanti,” katanya yang sibuk mempromosikan filem terbaru, Siku 12: Langkah Derhaka.

    Mengulas filem Siku 12 terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Syafiq berkata, dia mahu mencabar diri berlakon dalam filem bergenre aksi.

    Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Syafiq bergandingan dengan aktor terkenal, Zahiril Adzim selaku teraju utama. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...